
Syarat-syarat permohonan:
- Dikeluarkan kepada Pengurusan Tertinggi Agensi Swasta, Wakil-Wakil Syarikat, Kontraktor Perkhidmatan, Pembekal dan Individu yang dibenarkan yang tidak bertugas tetapi perlu berurusan secara kerap bagi satu-satu urusan rasmi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
- Setiap pemohon akan dikenakan bayaran :
Bayaran Pendahuluan (Tahun Pertama) : RM 50.00
Bayaran Pembaharuan Tahun berikutnya : RM 10.00
Bayaran Kehilangan : RM 30.00 - Bayaran perlu dibuat di Unit Kewangan, Tingkat 17 dan salinan resit perlu dimuat naik sebagai bukti pembayaran.
- Pas Sementara hanya boleh digunakan untuk tempoh 1 tahun dari tarikh ia dikeluarkan.
- Pas Sementara hanya boleh digunakan oleh pemohon sahaja dan tidak boleh di pindah milik oleh individu lain.
- Pemohon bertanggungjawab melaporkan ke Unit Pentadbiran sekiranya berlaku kehilangan Pas Sementara.
- Pas Sementara hendaklah dipelihara dengan baik dan gantian Pas Sementara kerana kerosakan akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM 30.00.
- Pemohon bertanggungjawab untuk sentiasa memakai Pas Sementara sepanjang berada di dalam kawasan Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Selangor.
- Pentadbiran ini tidak akan mengaktifkan Pas Sementara sekiranya Pemohon tidak melakukan pembaharuan Pas Sementera yang telah tamat tempoh.
- Selepas membuat permohonan Pemohon perlu menyemak status permohonan dari masa ke semasa dan Pemohon perlu mengambil Pas Sementara yang telah diluluskan dalam masa 2 hari bekerja di Unit Pentadbiran.